MyDigital ID kini menyatakan mereka mempunyai sekitar 8.7 juta pengguna yang telah berdaftar dengan sistem identiti digital berkenaan. Untuk tahun 2026 ini, pihak MyDigital ID menyasarkan untuk 15 juta pendaftaran baharu.

Menyentuh mengenai penggunaannya, MyDigital ID digunakan untuk akses sebanyak 400,000 setiap minggu. Sebanyak 80 aplikasi telah melakukan integrasi dengan sistem MyDigital ID setakat ini, rentas sektor kerajaan dan swasta.
Bergerak kehadapan, lebih banyak aplikasi kerajaan dijangka melakukan integrasinya, sekaligus menjadikan MyDigital ID sebagai identiti tunggal dalam interaksi digital bersama perkhidmatan kerajaan.

