MyDigital ID nafi guna teknologi rantaian blok pihak ketiga

LocalTechnology
13 Oct 2026 • 1:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MyDigital ID nafi guna teknologi rantaian blok pihak ketiga Image from: MyDigital ID nafi guna teknologi rantaian blok pihak ketiga liza13/10/2026 - 13:00

KUALA LUMPUR 13 Okt – MyDigital ID Sdn Bhd menjelaskan bahawa platform identiti digital negara itu tidak menggunakan teknologi rantaian blok milik pihak ketiga.

 

Dalam satu kenyataan, syarikat itu menegaskan platform identity digitalnya tidak dikuasakan oleh mana-mana teknologi blok rantaian pihak ketiga, sekaligus menafikan sebuah laporan yang diterbitkan baru-baru ini.

 

“My Digital ID dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, dengan pengawasan Majlis Keselamatan Negara serta pemantauan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).

 

MyDigital ID telah mendaftarkan 83% daripada penduduk Malaysia yang aktif secara digital dengan lebih 14 juta rakyat dihubungkan kepada lebih 1,000 perkhidmatan menerusi 204 aplikasi.

 

Platform itu dibangunkan untuk memudahkan dan memperkukuh pengesahan identiti ketika pengguna mengakses perkhidmatan dalam talian.

 

Ia turut menyediakan fungsi log masuk tunggal yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan digital dengan lebih mudah dan selamat.

 

Tidak gantikan MyKad

MyDigital ID menjelaskan bahawa platform itu tidak menyimpan data peribadi pengguna dan tidak menggantikan MyKad sebagai dokumen pengenalan diri.

 

Sebaliknya, sistem berkenaan berfungsi untuk mengesahkan identiti pengguna ketika mengakses perkhidmatan digital, manakala MyKad kekal sebagai dokumen pengenalan diri rasmi.

 

Aplikasi MyDigital ID boleh dimuat turun menerusi gedung aplikasi utama, termasuk Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery. – BERNAMA
 

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved