MYDIN x Courts Kongsi Rezeki Raya Dengan 10 Pelanggan Bertuah

17 Apr 2024 • 4:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Ramadan lalu, MYDIN dan Courts telah berkolaborasi menerusi peraduan “Rezeki Raya bersama MYDIN x Courts”, di mana impian 10 pemenang bertuah yang berkongsi kisah perabot idaman di Facebook Messenger Mydin direalisasikan.

Peraduan yang juga sebahagian daripada Kempen Happening Raya Mydin yang bermula 23 Februari hingga 23 Mac itu bertujuan untuk menjadikan sambutan Aidilfitri kali ini lebih bermakna dengan pemenang membawa pulang hadiah berjumlah RM30,000.

10 Pemenang Kongsi RM30,000

image is not available

image is not available

Baru-baru ini majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Courts Setapak, Kuala Lumpur membabitkan empat pemenang terpilih iaitu Salinah Pilos, Nur Hamizah Kamarudin, Marizainee Mat Hussin dan Annisa Suzana Mohd Arfzan yang masing-masing menerima baucar Courts bernilai RM3,000.

image is not available

image is not available

Penyampaian hadiah kepada pemenang lain akan berlangsung di Courts Bentong dan Kuantan, Pahang, Courts Nilai dan Seremban, Negeri Sembilan serta Courts Kota Bharu, Kelantan untuk pemenang lain.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, seronok dapat beraya dengan perabot baru dari Courts.