“Orang tak faham ke duit raya bukan wajib tapi sedekah” – Diana Danielle

Entertainment
16 Apr 2024 • 11:25 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon jelita, Diana Danielle meluahkan rasa hairan terhadap segelintir individu yang tidak bersyukur dengan jumlah duit raya yang diterima mereka.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Diana di laman X, dia menegaskan bahawa duit raya bukanlah satu kewajipan namun ia satu bentuk sedekah mengikut keikhlasan serta kemampuan seseorang.

Diana Danielle

“Sekarang ini orang tak faham ke bahawa duit raya itu bukan wajib tetapi merupakan bentuk sedekah mengikut keikhlasan hati dan kemampuan seseorang.

“Seringgit atau seratus ringgit, nikmati sahajalah suasana perasaan ini. Hendak rasa berlagak dan judge (hakimi) sangat dah kenapa,” ujarnya.

Malah, pelakon yang berusia 33 tahun itu berpendapat jumlah duit raya tidak sepatutnya dijadikan sebagai satu isu besar dan hari raya patut diraikan dengan penuh kegembiraan.

Diana Danielle

image is not available

“Sehingga ada yang kata ‘kalau banyak ini, baik tak perlu bagi’. Apa, ingat nafkah ke? Bertenanglah.. saya pun pernah dapat RM10 daripada pak cik saya dan ketika itu hati terasa berbunga-bunga.

“Faham tak berseronok? Ini kerja asyik tak puas hati sahaja,” katanya lagi.

image is not available

Netizen setuju dengan Diana

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Diana Danielle yang mana kanak-kanak pada masa kini sering merungut dengan jumlah duit raya yang diterima.

image is not available image is not available

Kami dulu seronok dapat duit raya walaupun sikit

Bahkan, netizen berharap agar ibu bapa dapat memainkan peranan masing-masing mendidik anak dengan sebaik mungkin dalam menerapkan nilai murni serta adab ketika menziarahi sanak saudara.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: X @Diana Danielle