MYSA Sahkan Cahaya Terang Di Langit Sabah Berpunca Daripada Pelancaran Roket China

LocalSpace
11 Nov 2026 • 3:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

MYSA Sahkan Cahaya Terang Di Langit Sabah Berpunca Daripada Pelancaran Roket China

Penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah yang tular baru-baru ini disahkan berpunca daripada aktiviti pelancaran roket Long March 12 milik China.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa roket tersebut dilancarkan dari Hainan International Commercial Launch Center di Wenchang, Hainan pada jam 4.24 pagi waktu Malaysia.

MYSA Sahkan Cahaya Terang Roket China

MYSA turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima maklumat awal mengenai laporan penampakan cahaya terang itu sebelum mengesahkan ia mempunyai kaitan dengan aktiviti pelancaran roket di Hainan.

Dalam kenyataan sama, MYSA berkata pihaknya menerima makluman daripada Agensi Angkasa Filipina (PhilSA) berkaitan kebarangkalian serpihan objek daripada aktiviti pelancaran itu dianggarkan jatuh dalam zon jatuhan (Drop Zone) yang dikenal pasti di perairan kepulauan Filipina.

"Zon jatuhan yang dikenal pasti kira-kira 25 batu nautika dari Puerto Princesa, Palawan dan 19 batu nautika dari Tubbataha Reefs Natural Park," katanya.

Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan rasmi diterima mengenai penemuan sebarang serpihan objek daripada pelancaran tersebut di wilayah Malaysia.

Orang ramai disaran untuk segera melaporkan kepada Bahagian Penguasa Angkasa menerusi talian 03-8885 8685 atau e-mel bpadg@mosti.gov.my sekiranya terdapat sebarang penemuan berkaitan serpihan objek hasil pelancaran roket berkenaan.

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved