MOSTI sahkan terima laporan penampakan cahaya di ruang udara Malaysia

LocalSpace
7 Nov 2026 • 11:33 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: MOSTI sahkan terima laporan penampakan cahaya di ruang udara Malaysia
MOSTI melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan telah menerima maklumat awal mengenai laporan penampakan cahaya terang di beberapa kawasan di ruang udara Malaysia pada malam Rabu. Foto media sosial

PUTRAJAYA - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan telah menerima maklumat awal mengenai laporan penampakan cahaya terang di beberapa kawasan di ruang udara Malaysia pada malam Rabu (4 November).

Dalam kenyataan pada Jumaat, MOSTI memaklumkan penampakan cahaya terang itu turut dikaitkan dengan kemasukan semula (re-entry) dengan Satelit Balai Cerap Neil Gehrels Swift milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

"Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai penemuan sebarang serpihan objek disyaki objek angkasa seperti roket di darat atau perairan di wilayah Malaysia,” menurut kenyataan itu.

MOSTI memaklumkan pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan.

Orang awam dinasihatkan agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau talian kecemasan 999 atau terus kepada BPAngkasa melalui talian 03-8885 8685 atau e-mel kepada bpadg@mosti.gov.my.

"MOSTI juga menyeru orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan mendapatkan maklumat yang sahih daripada saluran rasmi,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved