
Kota Kinabalu: Persatuan Bina Badan Nabba Sabah (Nabba) mengajak ahli bina badan di negeri ini untuk menyertai pertandingan Mr Nabba Sabah Championship 2025 yang diadakan buat julung kali di Dewan KKD Tenghilan pada 24 Ogos ini.
Presiden Nabba Sabah, Mohammad Jerome Robles berkata, sebanyak lapan kategori akan dipertandingkan yang dibuka kepada peserta lelaki dan wanita nanti dalam kategori tinggi badan atas 167sm serta bawah 167sm dan peserta berusia 45 tahun ke atas dan bawah.
Katanya, kategori junior berusia 24 tahun ke bawah juga dipertandingkan untuk memberi peluang kepada mereka yang baru berjinak dengan sukan ini untuk bersaing. Kategori lelaki badan tegap memakai seluar jeans juga akan dipertandingkan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Gelaran terhormat ‘juara segala juara’, poser terbaik dan atlet paling astetik akan diberi kepada pemenang yang menunjukkan gaya dan persembahan terbaik di atas pentas.


