Nabil Ahmad Terkejut Anak Sulung Didakwa Sudah Sedang Bercinta - “Dari Haritu Saya Dengar Orang Cakap…”

30 Jul 2025 • 3:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pengacara, Nabil Ahmad mengakui terkejut apabila mendapat tahu anak sulungnya, Naira Mikayla didakwa sudah mempunyai teman lelaki.
 

Dapat usikan

Menurut Nabil, beberapa hari lalu dia sering menerima usikan daripada orang sekeliling yang mengucapkan tahniah seolah-olah dia bakal menerima menantu sehingga membuatkan dirinya tertanya-tanya tentang perkara sebenar.

“Saya dari hari itu asyik dengar orang ucap tahniah kata saya dapat menantu sampai saya sendiri tertanya-tanya.

“Sekarang barulah saya tahu tentang video itu, tapi saya sendiri belum sempat menontonnya,” katanya kepada Gempak.


Nabil berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Pengumuman Top 20 Anugerah MeleTOP Era yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, Selasa.


 

Pantau pergaulan anak-anak

Mengulas lanjut, pengacara rancangan MeleTOP itu menjelaskan dia sentiasa memantau pergaulan anak-anaknya termasuk menetapkan syarat dalam penggunaan telefon bimbit bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.


“Saya hanya benarkan anak guna telefon pada hujung minggu sahaja, iaitu Sabtu dan Ahad. 

“Dari Isnin hingga Jumaat, telefonnya akan dipegang oleh ibunya,” jelasnya.


Walaupun memahami usia anaknya kini berada pada fasa cinta monyet, Nabil berpendapat Mikayla masih terlalu muda untuk bercinta secara serius.



“Belum masanya lagi dia baru 13 tahun. Tapi kalau di sekolah sekadar berkawan, saya tak boleh nak halang sangat,” jelasnya.



Bagaimanapun, Nabil turut mendedahkan dia sudah dimaklumkan lebih awal oleh isterinya, Nazirah Ayub mengenai dakwaan anak mereka sedang berkawan rapat dengan seseorang.



Terdahulu, tular di platform TikTok satu video memaparkan Naira Mikayla bersama seorang remaja lelaki dalam keadaan mesra, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan perdebatan dalam kalangan netizen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved