Nabila Razali Sah Isteri Nik Iruwan Dengan Sekali Lafaz, Wang Hantaran Dirahsiakan – “Terima Kasih Atas Doa & Sokongan”

18 Nov 2023 • 11:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan, Nik Iruwan Nik Izani pada jam 10.11 pagi, hari ini.

Pasangan tu dinikahkah oleh jurunikah, Ustaz Fawwaz dalam satu majlis yang diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.

image is not available

Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50 namun wang hantaran daripada pihak lelaki bagaimanapun dirahsiakan.

Penyanyi berusia 31 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar urusan hari bahagianya itu dipermudahkan.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

Majlis kecil bertemakan English Wedding itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu dan difahamkan pasangan pengantin baru berkenaan akan diraikan dalam majlis resepsi petang ini, di lokasi yang sama.

Rakan selebriti yang akrab dengan Nabila seperti Amira Othman, Hael Husaini, Wany Hasrita, Ara Johari dan Sissy Iman turut hadir memeriahkan majlis.

image is not available 6 days ago

"I Said YES" - Bukan Gimik Untuk Lagu Baru, Nabila Razali Bakal Tamatkan Zaman Bujang!