Nabila Razali Selamat Disatukan Dengan Lelaki Pilihan, Nik Iruwan

Entertainment
18 Nov 2023 • 11:39 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh di media sosial tentang khabar angin penyanyi, Nabila Razali bakal berkahwin pada Isnin lalu, namun sebenarnya, penyanyi yang berusia 31 tahun itu baru saja disatukan dengan lelaki pilihannya, Nik Iruwan pada jam 10.11 pagi tadi.

Memetik laporan Harian Metro, Nabila selamat disatukan dengan jejaka pilihannya itu hanya dengan sekali lafaz.

image is not available

Difahamkan, Nik Iruwan yang juga merupakan seorang ahli perniagaan telah memberikan mas kahwin sebanyak RM22.50 kepada Nabila.

Majlis perkahwinan kedua-dua pasangan mempelai ini telah diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Bukit Tinggi, Pahang.

Difahamkan juga, majlis itu diadakan secara tertutup, jadi hanya dihadiri oleh 250 tetamu sahaja.

Nabila mengatakan dia bersyukur kerana majlis pernikahannya dan suami berjalan lancar seperti yang dirancang.

Tahniah kepada Nabila & suami! Selamat melayari bahtera rumah tangga.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.