Nad Zainal kembali solo, fokus pada anak-anak

Entertainment
4 Sep 2022 • 9:54 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
NAD ZAINAL

PELAKON berbakat besar, Nad Zainal mengakui sudah kembali hidup solo selepas perkahwinan yang dibina tujuh tahun lalu menemui titik noktah.

Jelas Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, walaupun sukar, dia dan bekas suami, Muhammad Faliq Amiruddin sepakat untuk membawa haluan masing-masing.

“Iya, kami sudah bercerai baru-baru ini. Malah keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat. Kami masih berkawan baik demi dua anak.

“Cukup dikongsi status saya kini. Saya perlu menjelaskan soal status diri, supaya tidak mengundang fitnah.

“Apa yang lebih utama kini, saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua anak serta membiasakan status ibu tunggal,” ujar ibu kepada Fahad Ibrahim, 6 tahun dan Budi Kalsom, setahun.

image is not available
Fokus utama Nad kini beralih kepada dua cahaya matanya.

Sekadar info, Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.