Tiada Lagi Foto Dengan Suami, Nad Zainal Sahkan Sudah Bercerai

4 Sep 2022 • 12:59 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tiada angin tiada ribut, pelakon popular Takdir Yang Tertulis iaitu Nad Zainal mengesahkan ikatan rumahtangganya bersama suami, Muhammad Faliq sudah terlerai.

Memetik laporan Berita Harian, Nad Zainal berkata keputusan berpisah itu bukanlah mudah namun ianya dicapai dengan kata sepakat.

image is not available

Malah, dia dan suami masih lagi berkawan baik demi anak-anak.

Difahamkan, spekulasi mengenai rumahtangga pelakon ini mula tercetus apabila tiada lagi foto bersama suami di media sosial.

Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin enggan mengulas lanjut mengenai punca keretakan rumahtangga yang sudah terjalin sejak 7 tahun lalu.

Cukup dikongsi status terkini. Saya perlu menjelaskannya agar tidak mengundang fitnah.

Apa yang utama bagi pelakon ini sekarang adalah untuk membesarkan dua cahaya matanya iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.