Nadal tersingkir awal daripada Terbuka Australia

18 Jan 2023 • 4:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nadal, bintang tenis Sepanyol dan juga juara bertahan, tersingkir awal pada pusingan kedua Terbuka Australia 2023 pada Rabu. - Foto Xinhua

RAFAEL Nadal, bintang tenis Sepanyol dan juga juara bertahan, tersingkir awal pada pusingan kedua Terbuka Australia 2023 pada Rabu.

Nadal, juara Grand Slam 22 kali perseorangan lelaki dan pemenang Terbuka Australia 2022, tewas kepada lawannya dari Amerika Syarikat, Mackenzie McDonald dalam straight set.

McDonald menewaskan Nadal 6-4, 6-4, 7-5 di Arena Rod Laver Melbourne, sekali gus menghantarnya pulang lebih awal, lapor Agensi Anadolu.

Mc Donald, 27, yang menduduki ranking ke-63, akan menentang sama ada pemain Czech Dalibor Svrcina atau Yoshihito Nishioka dari Jepun pada pusingan ketiga.

Terbuka Australia bermula pada Isnin dan berlangsung hingga 29 Januari. - Bernama