Nadhir Nasar Tak Ada Akaun Threads, Enggan Buang Banyak Masa Dengan Sosial Media - “Kehidupan Saya Bukan…”

1 Nov 2026 • 2:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Nadhir Nasar Tak Ada Akaun Threads, Enggan Buang Banyak Masa Dengan Sosial Media - “Kehidupan Saya Bukan…”

Pelakon Nadhir Nasar menganggap tiada keperluan untuknya mewujudkan akaun Threads meskipun platform media sosial itu semakin popular dan menjadi pilihan ramai ketika ini. Nadhir atau nama lengkapnya, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, berkata, dia lebih selesa menggunakan aplikasi X dan enggan menghabiskan terlalu banyak masa dengan pelbagai platform media sosial. "Saya hanya aktif di X, saya tiada akaun Threads. Terlalu banyak aplikasi untuk saya guna. Sejujurnya dengan masa 24 jam yang ada, tidak cukup untuk saya. "Saya tak ada banyak masa untuk bermain pelbagai aplikasi, kehidupan saya bukan hanya untuk skrin telefon, kehidupan saya di bumi nyata. Saya tak akan habiskan masa untuk perkara sebegitu. Saya bukan seorang FOMO,” katanya kepada Gempak.  Nadhir berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama terbaharunya, Bayangan Dendam yang berlangsung di Bukit Jalil, baru-baru ini. Bagaimanapun, juara Hero Remaja 2021 itu tidak menolak kemungkinan untuk membuka akaun Threads pada masa hadapan sekiranya terdapat keperluan, khususnya bagi urusan kerja. "Pada masa akan datang kita tidak tahu lah bagaimana. Sebab saya rasa fungsi Threads sama seperti X. Mungkin juga sebab saya generasi milenial yang bermula dengan X,” ujarnya  Dalam perkembangan lain, Nadhir membintangi drama terbaharu berjudul Bayangan Dendam bersama barisan pelakon lain termasuk Erysha Emyra, Sophia Albarakbah, Yusuf Bahrin dan Mia Nasir. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved