Dicop bimbo, Janna Nick tenang tak melatah

1 Nov 2026 • 8:12 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dicop bimbo, Janna Nick tenang tak melatah

PELAKON Janna Nick kembali menjadi perhatian apabila ulasan makanan dikongsikannya menerusi media sosial dikritik seorang pengguna Threads. 

Kali ini, bukan soal rasa makanan atau harga hidangan menjadi pertikaian, sebaliknya cara pelakon berusia 31 tahun itu memberikan ulasan ketika menikmati pengalaman menjamu selera di sebuah restoran mewah.

Individu berkenaan meluahkan rasa kurang senang apabila Janna menyifatkan penerangan mengenai hidangan sebagai sesuatu yang merimaskan. 

Baginya, konsep santapan mewah atau ‘fine dining’ bukan semata-mata mengisi perut, sebaliknya turut mengangkat seni penyediaan makanan, pemilihan bahan dan pengalaman menikmati setiap hidangan.

Walaupun perit, Diva terpaksa mengakui teguran tersebut ada benarnya. 

Kalau sudah memilih untuk menikmati pengalaman santapan mewah, kenalah bersedia dengan cara layanan dan penerangan diberikan. 

Mujurlah Janna tidak melenting atau membalas teguran itu dengan kata-kata pedas, malah dia menunjukkan keterbukaan menerima pandangan orang ramai. 

Diva tabik sikap sedemikian kerana bukan mudah untuk menerima kritikan secara terbuka, apatah lagi apabila melibatkan perkara dikongsikan kepada umum. 

Kadangkala, teguran memang pahit ditelan, tetapi kalau kena caranya, boleh menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri.

DIVA: Pelik juga apabila ada artis berkahwin tetapi memilih untuk merahsiakannya. Bukankah perkahwinan perkara baik?



The post Dicop bimbo, Janna Nick tenang tak melatah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved