
Pelakon, Nadia Aqilah berkongsi momen menyentuh hati ketika menguruskan arwah bapanya yang pernah menerima rawatan di hospital selama sebulan sebelum menghembuskan nafas terakhir.Menerusi perkongsian di Threads, Nadia berkata sepanjang tempoh tersebut dia sanggup mengetepikan keadaan diri demi memastikan bapanya berada dalam keadaan selesa walaupun terpaksa berdepan masalah alahan pada wajah akibat keletihan.“Sebulan jaga arwah bapak di hospital, sampai muka naik allergic. Tapi masa tu tak peduli apa. Fikir nak bapak selesa je.“Kalau lah saya tau itu momen terakhir, saya akan ambil lebih banyak gambar sama-sama,” kongsinya.Malah kata Nadia, antara kenangan yang paling sukar dilupakan adalah apabila bapanya minta dipeluk sebelum dia pulang ke rumah untuk berehat selepas tidak tidur selama 48 jam.Bagaimanapun, kata Nadia, dia tidak pernah berasa kesal dengan segala pengorbanan yang dilakukan kerana sudah berusaha memberikan penjagaan terbaik buat arwah bapanya.“Tapi tak ada kesal, ‘because we did everything to make him comfortable’. Siap pakat dengan ‘nurse’ bawa kan katil keluar bapak nak tengok matahari.“Bapak pergi waktu Subuh masa saya pulang tidur kepenatan tak tidur 48 jam haritu. Sebelum balik bapak mintak peluk. Itu lah pelukan terakhir kami,” kongsinya.Untuk info, bapa Nadia, Allahyarham Bajuri Bemawi meninggal dunia pada Julai 2018 akibat sakit jantung, buah pinggang dan komplikasi paru-paru.

