NADMA anjur Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 di Ipoh

7 Oct 2026 • 12:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: NADMA anjur Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 di Ipoh

BENCANA sesuatu yang boleh berlaku tanpa diduga oleh sesiapa.

Namun, kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sesuatu bencana mampu menentukan kadar keselamatan serta kelangsungan hidup.

Satu langkah penting yang diambil oleh pihak kerajaan adalah dengan mengambil keputusan menubuhkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebuah agensi khas yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan dan menyelaras bencana.

Menyedari betapa pentingnya pemahaman dan kesediaan awal dalam mengurangkan risiko bencana, NADMA mengandakan usahanya dengan membawakan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 secara terus kepada masyarakat setempat di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) Ipoh Perak, pada 10 dan 11 Oktober ini. 

Dalam masa yang sama, ia juga mengingatkan pengunjung yang hadir tentang kerentanan negeri ini terhadap pelbagai ancaman bencana. 

Tujuan sambutan BKN adalah jelas, iaitu untuk meningkatkan kesedaran semua pihak betapa pentingnya kesiapsiagaan menghadapi dan mengurangkan risiko bencana melalui pendekatan menyeluruh kerajaan dan penglibatan aktif komuniti setempat.

Sepanjang berlangsung, pelbagai pengisian dan aktiviti menarik berasaskan pendidikan serta pengalaman interaktif menanti para pengunjung sepanjang dua hari program berlangsung.

Antaranya adalah Pameran MADANI Siaga, Pameran Aset dan Jentera, Pameran Zon Imersif dan Program Jualan Rahmah dan Jualan Pop Up MBI. 

Selain itu, turut diadakan Program Community Based Disaster Reduction Management (CBDRM), Pertunjukan Demonstrasi Penyelamatan Taktikal Bangunan Tinggi, Majlis Peluncuran BKN 2026 dan Program Rehlah Perdana di Masjid INTIM, Ipoh. 

Langkah kerajaan mengambil keputusan untuk menubuhkan NADMA adalah bagi memastikan pengurusan dan tindak balas terhadap bencana dapat dilaksanakan dengan lebih berupaya, cekap, serta menepati tuntutan dan cabaran semasa. 

Dengan adanya NADMA, penyelarasan pengurusan bencana dan bantuan dapat dijalankan dengan lebih teratur, berfokus dan berkesan.

Pelbagai bentuk bencana daripada banjir, bencana industri, maritim, udara, kimia, jerebu sehinggalah ke pandemik Covid-19 telah berjaya ditangani dengan penuh dedikasi oleh NADMA.

Kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana bermula daripada diri kita sendiri. 

Jangan lepaskan peluang untuk membawa ahli keluarga menimba ilmu keselamatan bencana yang amat bernilai ini di BKN 2026 di Ipoh. 

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh diikuti di media sosial NADMA dengan menekan link ini Facebook, Instagram dan Tik Tok. – KOSMO! ONLINE

 

The post NADMA anjur Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 di Ipoh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved