Banjir Nepal: Tak mahu terburu-buru! Biar NADMA buat penilaian langkah seterusnya – Tok Mat

12 Sep 2026 • 12:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan menentukan tindakan susulan membabitkan Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana Khas Malaysia (SMART) yang kini menjalankan misi bantuan di Nepal.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pasukan berkenaan yang berlepas ke Nepal pada 5 September dijangka pulang sama ada hari ini atau esok.

Menurutnya, keputusan mengenai tindakan seterusnya akan dibuat selepas Nadma menilai keadaan dan menyediakan laporan untuk pertimbangan kerajaan, selain mengambil kira perkembangan pasukan penyelamat dari negara lain yang turut dijangka kembali ke negara masing-masing.

“Biar NADMA membuat penilaian mengenai tindakan seterusnya supaya kita tidak membuat keputusan secara tergesa-gesa. NADMA akan mengemukakan laporan penilaian kepada kerajaan untuk menentukan langkah seterusnya,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO di sini, hari ini.

Image from: Banjir Nepal: Tak mahu terburu-buru! Biar NADMA buat penilaian langkah seterusnya – Tok Mat

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, pasukan SMART turut akan menyerahkan dron yang digunakan sepanjang operasi kepada pihak berkuasa penyelamat Nepal untuk kegunaan mereka.

Beliau berkata, Malaysia juga bersedia mempertimbangkan permintaan bantuan lanjut sekiranya diperlukan oleh pihak berkuasa Nepal.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad berkata pihak berkuasa Malaysia sedang giat berhubung dengan kerajaan Nepal berhubung urusan pengambilan sampel DNA bagi membantu proses pengenalpastian mangsa rakyat Malaysia.

Image from: Banjir Nepal: Tak mahu terburu-buru! Biar NADMA buat penilaian langkah seterusnya – Tok Mat

Katanya, kekurangan kemudahan dan infrastruktur di Nepal turut menjadi antara perkara yang sedang dibincangkan, termasuk kemungkinan sampel DNA dihantar ke Kuala Lumpur untuk proses pengambilan dan padanan dengan keluarga mangsa rakyat Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved