Nahas Air India: Seorang Penumpang Terselamat, Juruterbang Sempat Hantar Isyarat Mayday

13 Jun 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Berpantang maut sebelum ajal!

Itulah perumpamaan tepat kepada seorang penumpang pesawat Air India yang terselamat daripada nahas itu semalam selepas pesawat berkenaan terhempas semasa dalam penerbangan ke London semalam.

Penumpang itu, Ramesh Vishwaskumar, 40, merupakan seorang warga Britain dan telah menetap di London bersama isteri dan anaknya sejak 20 tahun lalu.

image is not available

Memurutnya, dalam 30 saat selepas pesawat berlepas,dia terdengar satu bunyi kuat.

Menurutnya adikinya, Nayan Kumar Ramesh,27, yang menetap di Leicester, dia ada menghubungi abangnya itu selepas nahas berkenaan.

"Kami cukup terkejut. Saya ada menghubunginya pada pagi semalam. Dia cuma memaklumkan dia (Ramesh) sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh keluar dari pesawat berkenaan," katanya.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada Ramesh sempat melompat sebelum pesawat itu terhempas atau selepas pesawat terhempas.

Ramesh dikatakan terselamat kerana duduk berhampiran dengan pintu kecemasan. Namun, kisah sedihnya itu belum berakhir kerana abangnya, Ajay Vishwaskumar, juga menaiki penerbangan sama, namun masih belum ditemui.

Sementara itu, juruterbang pesawat itu sempat mengeluarkan isyarat kecemasan ‘mayday’ menerusi komunikasi radio sebelum hilang hubungan dengan menara Kavalan dan seterusnya terhempas.

Isyarat Mayday merupakan panggilan kecemasan antarabangsa yang menandakan situasi mengancam nyawa.

Pesawat jenis Boeing 787-8 Dreamliner milik India terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad, Gujarat, India, semalam.

image is not available

Pesawat malang itu terhempas di asrama sebuah kolej perubatan B.J milik kerajaan.

Buat masa ini, lebih 240 orang disahkan maut, termasuk beberapa individu di darat. Polis menyatakan jumlah korban awal iaitu 294 adalah kesilapan disebabkan pengiraan dua kali bahagian tubuh.