Nahas Di Karak: Pemandu Lori Positif Dadah

15 Jun 2026 • 10:17 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Nahas Di Karak: Pemandu Lori Positif Dadah

Nahas Di Karak: Pemandu Lori Positif Dadah

KUANTAN, 15 Jun (Bernama) -- Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan empat nyawa di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) semalam, didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata lelaki berusia 40 tahun itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk ujian saringan air kencing, sejurus selesai rawatan di hospital.

Baca juga:

“Keputusan ujian saringan mendapati lelaki itu positif dadah jenis Methamphetamine dan tangkapan telah dibuat ke atas pemandu terbabit kira-kira 4 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, pemandu lori berkenaan juga dikesan mempunyai 15 rekod saman trafik.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, treler membawa muatan habuk besi berkenaan menghempap kereta Honda City yang dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun bersama tiga penumpang berusia antara setahun hingga 58 tahun.