Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2 Jun 2026 • 7:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki berusia sebulan tercampak keluar daripada kenderaan dinaiki, selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ) berhampiran Balai Panjang, Melaka, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, bayi berkenaan sedang menaiki kereta Proton Saga bersama ibu bapanya apabila kenderaan terbabit terlibat dalam nahas, sejurus meninggalkan stesen minyak untuk memasuki Lebuh Raya AMJ.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Halim Abas berkata, siasatan awal mendapati bayi terbabit sedang didukung oleh ibunya yang duduk di tempat duduk penumpang belakang ketika kejadian.

“Mangsa dipercayai tercampak keluar dari kenderaan dan ditemui di kawasan berumput berhampiran lokasi kejadian,” katanya hari ini.

Beliau berkata, impak tersebut menyebabkan bayi itu mengalami bengkak di bahagian kepala, manakala ibunya yang berusia 25 tahun mengalami sakit belakang.

“Pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala wanita berusia 25 tahun yang merupakan ibu kepada bayi tersebut mengalami sakit belakang.

“Kedua-dua bayi dan ibunya telah dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut namun dibenarkan pulang selepas keadaan mereka dilaporkan stabil,” katanya.

Halim berkata, pihak polis telah mengenal pasti kenderaan yang dipercayai terlibat dalam perlanggaran itu dan siasatan sedang dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Adhwa Jamal di talian 011-2690 5852 bagi membantu siasatan. - Getaran, 2 Jun 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved