Nahas Elmina: KP Selangor hadir mesyuarat urusan jenazah mangsa

19 Aug 2023 • 9:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kenderaan membawa Hussein tiba di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang di sini kira-kira jam 8.30 malam tadi.

KLANG - Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilihat memasuki bangunan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini pada Sabtu.

Beliau dipercayai menghadiri mesyuarat berkaitan urusan mengenal pasti identiti mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam Khamis lalu.

Kenderaan membawa Hussein tiba kira-kira jam 8.30 malam yang mana mesyuarat tersebut turut dihadiri pakar Jabatan Kimia dan Patologi HTAR.

Pada Sabtu, jenazah Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, telah dituntut keluarganya sekitar jam 9.30 pagi.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al Rahimiah di sini untuk disolatkan sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Huda, Kampung Jerong, Sungai Petani, Kedah.

Difahamkan setakat ini, terdapat sembilan baki jenazah yang masih dijalankan proses pengecaman dan pemadanan DNA.

Pada Khamis, seramai 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat jenis jet peribadi itu.

Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di lokasi nahas.

ARTIKEL BERKAITAN