Nahas Elmina: Pemandu e-hailing batalkan tempahan pelanggan sebelum tragedi

LocalCars
18 Aug 2023 • 12:25 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

SHAH ALAM — Siasatan yang dijalan mendapati pemandu kereta e-hailing yang terlibat dengan nahas pesawat ringan di Bandar Elmina, semalam, telah membatalkan tempahan pelanggan pada pukul 2 petang, iaitu sebelum kejadian berkenaan berlaku.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin berkata, polis juga mengesyaki hanya pemandu berkenaan berada di dalam kenderaan terbabit ketika nahas itu berlaku pada kira-kira 2.52 petang.

“Pemandu kereta sudah reject penumpang pada pukul 2 petang. (Jadi) kita syak dia seorang (di dalam kereta). Tapi bila buat ujian DNA baru kita tahu ada lebih (mangsa) atau tidak. Buat masa ini, kita anggap dia seorang sahaja,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam kejadian nahas pesawat ringan yang berlaku di Bandar Elmina, di Shah Alam, petang semalam, seramai 10 orang terkorban.

Lapan mangsa yang terkorban berada di dalam pesawat tersebut manakala dua lagi, ialah penunggang motosikal dan pemandu sebuah kereta yang sedang melalui kawasan berkenaan ketika kejadian. - 18 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved