Nahas Enam Maut: Permohonan Reman Pemandu Lori Ditolak

LocalCars
8 Jun 2026 • 1:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini menolak permohonan polis untuk mendapatkan perintah reman terhadap pemandu lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan enam nyawa di Kampung Baru Pinang Tunggal, semalam.

Menurut laporan Bernama, Majistret Mohamad Azlan Basri membenarkan lelaki berusia 49 tahun itu dibebaskan hari ini selepas dia ditahan sejurus kejadian kemalangan itu.

Image from: Nahas Enam Maut: Permohonan Reman Pemandu Lori Ditolak

Foto: Harian Metro

Semalam, Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah memaklumkan lelaki itu ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut memberitahu saringan ujian air kencing lelaki itu didapati negatif dadah, manakala semakan mendapati dia mempunyai tujuh saman termasuk empat yang belum diselesaikan.

Adzli turut memberitahu lelaki itu mempunyai lesen memandu yang sah dan ketika kejadian dia memandu lori terbabit pada kelajuan 60 kilometer sejam.

Dalam kejadian pada 3.50 petang semalam, enam sekeluarga termasuk seorang bayi meninggal dunia manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah.

Image from: Nahas Enam Maut: Permohonan Reman Pemandu Lori Ditolak

Foto: Bomba

Kesemua mangsa menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 yang bertembung dengan sebuah lori membawa muatan tanah ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Merbok.

Sumber: Bernama

The post Nahas Enam Maut: Permohonan Reman Pemandu Lori Ditolak appeared first on Borak Daily.