Nahas helikopter FDS: Harga sebuah perkhidmatan kesihatan di pedalaman

LocalHealth & Fitness
10 Sep 2026 • 7:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Nahas helikopter FDS: Harga sebuah perkhidmatan kesihatan di pedalaman
Nahas helikopter BO-105 berhampiran Short Take-Off and Landing (STOLport) Long Lellang di Sarawak yang meragut lima nyawa

NAHAS helikopter BO-105 berhampiran Short Take-Off and Landing (STOLport) Long Lellang di Sarawak yang meragut lima nyawa bukan sekadar sebuah lagi tragedi penerbangan.

Helikopter berkenaan sedang melaksanakan penerbangan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS), sebuah perkhidmatan yang menjadi talian hayat kepada masyarakat pedalaman.

Kejadian itu juga telah membuka mata ramai untuk mula mengenali perkhidmatan kesihatan yang selama ini mungkin jarang diketahui masyarakat.

Bagi kebanyakan masyarakat di bandar, perjalanan mendapatkan rawatan mungkin bermakna memandu beberapa kilometer ke klinik atau hospital.

Namun bagi penduduk di pedalaman terutama komuniti yang tinggal jauh dari rangkaian jalan raya utama, akses kesihatan mempunyai realiti yang berbeza.

Jarak, bentuk muka bumi, sungai, keadaan cuaca dan ketiadaan jaringan pengangkutan darat yang berkesan menjadikan udara antara satu-satunya pilihan praktikal untuk membawa pasukan perubatan ke sesetengah kawasan terpencil.

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM

Nahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan – Polis Sarawak

Pasukan FDS menjadi mekanisme penting untuk membawa rawatan kepada masyarakat yang sukar dicapai melalui pengangkutan biasa.

Peranan mereka bukan sekadar membawa doktor ke kawasan pedalaman sebaliknya membawa rawatan ke kawasan terpencil, memberi imunisasi dan vaksinasi, menjaga kesihatan ibu dan anak, memberi pendidikan kesihatan dan mengesan masalah kesihatan lebih awal.

Keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk meneruskan FDS di kawasan pedalaman Sarawak menunjukkan kerajaan tidak mahu insiden kemalangan udara menjejaskan akses kesihatan masyarakat yang selama ini bergantung kepada perkhidmatan tersebut.

Cabaran sebenar KKM bukan lagi soal sama ada FDS perlu diteruskan atau dihentikan, tetapi bagaimana perkhidmatan itu boleh dilaksanakan dengan lebih selamat, cekap dan berdaya tahan.

Nahas tersebut sewajarnya menjadi titik penilaian semula terhadap keseluruhan operasi FDS termasuk prosedur keselamatan, pemilihan pengangkutan, penilaian risiko laluan serta mekanisme membuat keputusan termasuk ketika berdepan cuaca buruk.

Dalam jangka panjang, kerajaan juga perlu melihat kepada alternatif selain kebergantungan kepada penerbangan udara.

Penambahbaikan infrastruktur jalan raya, kemudahan kesihatan satelit, teleperubatan dan penempatan tenaga kerja kesihatan secara berkala boleh menjadi sebahagian daripada strategi mengurangkan kebergantungan kepada satu bentuk pengangkutan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved