Jenazah Mangsa Nahas Helikopter FDS Akan Dibawa Pulang Ke Kuching Esok

12 Sep 2026 • 9:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Jenazah salah seorang mangsa tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, akan dibawa pulang ke Kuching, esok.

Menurut laporan Harian Metro, Mangsa, Debra Moset merupakan antara lima individu yang terkorban dalam nahas helikopter BO-105 kendalian Layang-Layang Aerospace pada Selasa lalu.

Lima individu terkorban dalam nahas helikopter

Nahas helikopter

Helikopter berkenaan dilaporkan terhempas berhampiran hujung landasan STOLport Long Lellang kira-kira jam 3.40 petang.

Kesemua lima individu yang menaiki helikopter itu terkorban dalam nahas berkenaan.

Selain Alexson, Jessie dan Debra, mangsa lain ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, serta pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33.

Jenazah dibawa pulang ke Kuching

Image from: Jenazah Mangsa Nahas Helikopter FDS Akan Dibawa Pulang Ke Kuching Esok

Jenazah Debra dijangka dibawa pulang ke Kuching, esok.

Sementara itu, jenazah Allahyarham Dr Ainul Baraah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper di Kelantan, manakala Zainol Afiq akan dikebumikan di Negeri Sembilan.

Semalam, Mohamad Zainal memaklumkan proses bedah siasat kesemua mangsa telah selesai dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Miri pada jam 7.30 malam Khamis.

Analisis DNA pula dijangka siap hari ini bagi melengkapkan proses pengesahan identiti mangsa.

Nota Oh! Media:
Semoga segala urusan pengurusan jenazah dipermudahkan dan keluarga kesemua mangsa diberikan kekuatan menghadapi kehilangan insan tersayang. Al-Fatihah.

Sumber: Harian Metro
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

The post Jenazah Mangsa Nahas Helikopter FDS Akan Dibawa Pulang Ke Kuching Esok appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved