
KOTA BHARU – Seramai lebih 1,000 ahli keluarga, saudara mara dan penduduk menunaikan solat jenazah kepada Allahyarham Dr. Ainul Baraah Kamarudin, 33, di Masjid Al-Karomah, Kampung Baung, Pengkalan Chepa di sini sebentar tadi.
Jenazah allahyarham diimamkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad selepas solat zuhur.
Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd. Asri Mat Daud.
Jenazah Ainul Baraah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper, Kampung Baung di sini untuk upacara pengebumian sebentar lagi. – KOSMO! ONLINE
The post Nahas helikopter: Lebih 1,000 ahli keluarga, penduduk solatkan jenazah Dr. Ainul appeared first on Kosmo Online.






