Ramai tunggu jenazah Kapten Zainol, Allah nak tunjuk sesuatu – Bapa

13 Sep 2026 • 7:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ramai tunggu jenazah Kapten Zainol, Allah nak tunjuk sesuatu – Bapa

SEREMBAN – Jenazah juruterbang helikopter, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang, di sini pada pukul 5.30 petang tadi.

Bapa dua anak itu dikebumikan selepas selesai disolatkan di Masjid Bandar Baru Senawang, yang turut dihadiri kira-kira 1,000 jemaah.
Bapa Allahyarham, Bee Sham Ahmad, 59, mengimamkan solat jenazah anaknya sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Bee Sham turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dan mempermudahkan urusan mereka sekeluarga.

“Dari datang (Miri) sehingga balik ke sini, Allah SWT sentiasa permudahkan kami sekeluarga. Cuma terhalang proses pengecaman identiti serta analisis keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengambil sedikit masa. Kalau tidak Jumaat, sudah bawa balik.

“Apabila sampai sini (urusan kebumi) memang kami jangka ramai orang. Allah SWT nak tunjuk sesuatu. Ada amalan yang dilakukan. Berbuat baik, berkebajikanlah walau penat dan lelah,” katanya ketika ditemui pemberita.

Bee Sham berkata, isteri Allahyarham Zainol yang sebelum ini menetap di Sarawak akan berpindah ke Semenanjung pada akhir tahun selepas anak mereka tamat prasekolah.

Allahyarham Kapten Zainol meninggalkan balu, Nor Izzati Syamimi Suhaimi, 31, dan dua anak iaitu Adelia Sofia, 6, serta Ian Zayn berusia sembilan bulan.

Dalam nahas pada Selasa lalu, lima individu yang menaiki helikopter BO-105 maut selepas pesawat itu terhempas berhampiran STOLport Long Lellang pada pukul 3.40 petang.

Selain Kapten Zainol Afiq, nahas turut mengorbankan pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamarudin 33, pembantu perubatan, Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Jessie Paya Jok, 44, dan Debra Moset, 40. – KOSMO! ONLINE

 

The post Ramai tunggu jenazah Kapten Zainol, Allah nak tunjuk sesuatu – Bapa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved