Sembilan hari bertarung nyawa, Darna kini meninggal dunia 

18 Aug 2025 • 2:55 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Seorang wanita berumur 43 tahun yang bertarung nyawa selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda (4X4) di Batu 9 Jalan Apas di sini pada 9 Ogos lepas semasa berjoging dengan kawan-kawannya disahkan sudah meninggal dunia.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Superintendan Champin Piuh berkata mangsa, Darna Tajudin, yang menerima rawatan di Hospital Tawau disahkan meninggal dunia di wad oleh pihak hospital kira-kira jam 8.37 pagi pada Ahad.

“Buat masa ini juga polis belum dapat menyatakan punca sebenar kematian mangsa memandangkan kita masih menunggu proses bedah siasat yang akan dijalankan terhadap jenazahnya”, katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Champin berkata sebelum ini siasatan kes kemalangan terbabit dijalankan mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan memandu kenderaan di bawah pengaruh minuman memabukkan sehingga mendatangkan kecederaan.

Namun perkembangan terbaharu membawa kepada perubahan klasifikasi kes kepada Seksyen 44 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987 akibat memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan sehingga menyebabkan kematian.

“Jika sabit kesalahan, hukuman yang boleh dikenakan adalah penjara dalam tempoh 10 hingga 15 tahun serta denda sekurang-kurangnya RM50,000 dan tidak lebih dari RM100,000” katanya.

Terdahulu, Darna yang berjoging bersama rakan-rakannya dari arah Bandar Sri Indah Batu 10 Jalan Apas menuju ke kawasan T2 Batu 2 Jalan Apas mengalami detik cemas apabila terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 9.10 malam.

Kemalangan itu dikatakan terjadi apabila seorang pemandu 4X4 lelaki berumur 57 tahun yang disyaki mabuk melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu seorang lelaki, 39, yang dalam perjalanan dari Taman Ria 11 ke Lapangan Terbang Tawau.

Perlanggaran itu mengakibatkan pemandu 4X4 terlibat gagal mengawal kenderaannya sehingga terbabas ke bahu kiri jalan sebelum turut melanggar mangsa yang berjoging dengan rakan-rakannya.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah malah berada dalam keadaan kritikal selepas dilanggar oleh 4X4 terbabit kemudiannya segera dihantar ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan susulan.

Sehinggalah selepas sembilan hari bertarung nyawa menjalani proses rawatan di hospital akibat tragedi yang menimpa dirinya, Darna akhirnya disahkan meninggal dunia oleh pihak berwajib.