Kemalangan Babitkan 4 Kenderaan Bertukar Jadi Kecoh Apabila Tercetus Pergaduhan Guna Kayu

Entertainment
16 Aug 2025 • 3:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular pergaduhan menggunakan kayu di media sosial yang berlaku di jalan Jasin-Bemban, Melaka pada Jumaat semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, punca pergaduhan sehingga ada yang mengacukan kayu itu berlaku akibat kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan.

Kejadian tersebut berlaku pada waktu pagi Jumaat dan kemalangan yang melibatkan kereta Mitsubishi Triton, Proton Exora, Toyota Vios dan Volkswagen Passat tersebut bertukar menjadi kecoh apabila mereka yang terlibat dalam kemalangan itu bergaduh di sisi jalan raya.

image is not available

Susulan kejadian tersebut, empat orang suspek yang berumur dari 20 hingga 57 tahun kemudiannya telah ditahan oleh polis.

Meskipun kejadian pergaduhan tersebut melibatkan kayu di mana ia telah diacukan oleh salah seorang suspek untuk menakut-nakutkan, namun difahamkan, ia tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

image is not available

Difahamkan, suspek yang berusia 20 tahun didapati telah mempunyai empat rekod jenayah lampau.

Buat masa ini, siasatan lanjut berkaitan kejadian pergaduhan tersebut masih dijalankan oleh pihak polis.

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.