Nahas lori imigresen: Wanita cedera kini stabil

20 Aug 2026 • 5:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nahas lori imigresen: Wanita cedera kini stabil

KUALA LUMPUR – Wanita yang cedera dalam nahas membabitkan tiga beranak yang maut selepas dirempuh lori Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di persimpangan Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini, kini dilaporkan stabil.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, wanita berusia 55 tahun itu masih menerima rawatan di zon kuning Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Seorang lagi mangsa iaitu isteri kepada mangsa lelaki serta ibu kepada dua perempuan yang meninggal dunia dalam kejadian itu mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di zon kuning HKL.

“Keadaan mangsa setakat ini sudah stabil. Kita masih belum mengambil keterangan dan selepas keadaannya baik, kita akan dapatkan daripada mangsa,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di sini.

Difahamkan, pemandu Proton Saga berusia 55 tahun yang terbabit dalam nahas itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Terdahulu, pemandu lori Black Maria milik JIM, Akbar Zainol, 43, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas lima pertuduhan berhubung kemalangan maut yang meragut nyawa tiga sekeluarga di Jalan Sultan Ismail, semalam.

Dalam kejadian itu, Akbar didakwa memandu lori berkenaan secara melulu sehingga menyebabkan kematian Shaik Firdaus Shaik Yahya, 52, serta dua anaknya, Siti Norshazlin Shaik Firdaus, 24, dan Siti Darwisyah Shaik Firdaus, 12. – KOSMO! ONLINE

The post Nahas lori imigresen: Wanita cedera kini stabil appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved