Nahas pesawat: Mangsa bukan anak Jamaluddin Jarjis

17 Aug 2023 • 6:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Situasi terkini berhampiran lokasi kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina dekat sini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Mangsa kejadian pesawat ringan persendirian yang terhempas di Elmina, dekat sini difahamkan bukan anak bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Sinar Harian difahamkan, nama seorang mangsa kejadian ialah Khairil Azwan Jamaludin, namun dia bukan anak kepada Allahyarham Jamaluddin.

Sumber menyatakan, Allahyarham hanya mempunyai dua orang anak sahaja dan nama yang tular itu bukan anak beliau.

Katanya, dia memeriksa nama Khairil yang tular itu bukan seperti yang digembar gembur di laman media sosial.

Malah pihak polis juga tidak dapat mengesahkan sama ada anak Allahyarham Jamaluddin terlibat dalam kejadian malang tersebut.