Nahas Plaza Tol Bukit Kajang: Pemandu Dakwa Brek Gagal Berfungsi, Lori Kali Terakhir Diservis April

LocalCars
28 Sep 2025 • 6:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Sebuah lori yang merempuh tiga kenderaan lain dalam insiden tragis di Plaza Tol Bukit Kajang, Lebuhraya SILK semalam didapati kali terakhir menjalani penyelenggaraan pada April lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kegagalan brek menjadi punca utama nahas itu.

“Semakan mendapati lori tersebut yang dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun memang ada diservis, tapi rekod terakhir sekitar bulan April.

“Sama ada benar brek gagal berfungsi, siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available
Pasangan suami isteri, Amirul Ridzuan Abu Bakar, 39, dan Nurul Husna Khairuddin, 38, bersama anak kembar mereka, Amir Hasan (kiri) dan Amir Husain (kanan, dalam tona kelabu), yang terbabit dalam nahas di Plaza Tol Bukit Kajang semalam.

Menurut beliau, lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Semenyih menuju ke Putrajaya sebelum dipercayai hilang kawalan lalu merempuh kenderaan lain yang sedang beratur di plaza tol terbabit.

Akibat hentaman kuat itu, seorang bayi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Selain itu, tujuh lagi mangsa cedera dan dirawat di Hospital Kajang, Hospital Serdang serta KPJ Kajang.

Dalam laporan awal, polis memaklumkan lori terbabit dipercayai mengalami masalah brek ketika cuba memperlahankan kenderaan sebelum memasuki kawasan tol sekitar pukul 10.50 pagi, semalam.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.