Nahas tren di Sepanyol: Lebih 60 orang dilapor masih hilang

29 Oct 2026 • 11:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Nahas tren di Sepanyol: Lebih 60 orang dilapor masih hilang

MOSCOW, 29 OKT: Lebih 60 orang masih hilang susulan perlanggaran antara dua kereta api di tengah Sepanyol, lapor akhbar El Pais pada Khamis yang memetik Pengawal Awam Sepanyol, menurut Sputnik/RIA Novosti.

Pengawal Awam itu menerima 64 laporan mengenai orang hilang susulan kemalangan tragik di wilayah Toledo, menurut laporan berkenaan. Laporan itu dibuat oleh ahli keluarga dan kenalan penumpang yang gagal menghubungi mereka, menurut akhbar itu.

Pengawal Awam turut menubuhkan perkhidmatan khas untuk mengendalikan pertanyaan berkenaan.

Sekurang-kurangnya 42 warga asing berada di dalam kedua-dua kereta api itu, lapor Europa Press yang memetik Kementerian Luar Sepanyol.

Seorang daripada mereka, warga Argentina, dilaporkan maut manakala 10 lagi tidak mengalami kecederaan dan enam cedera, menurut laporan. Seramai 24 lagi masih hilang.

Dua kereta api penumpang bertembung di wilayah Toledo, Sepanyol, pada 28 Okt selepas kerosakan komputer menyebabkan sistem keselamatan tidak berfungsi.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan hampir 70 orang maut manakala tiga hari berkabung kebangsaan diisytiharkan.

Kedutaan Rusia di Sepanyol memberitahu RIA Novosti bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada warga Rusia berhubung perlanggaran kereta api itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved