
MENCARI rezeki untuk keluarga bukan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Pasangan selebriti, Datuk Fizz Fairuz dan Almy Nadia, membuktikan hal itu apabila tampil 'humble' dalam rutin harian mereka.
Dalam satu perkongsian yang tular baru-baru ini, pasangan itu dilihat menaiki motosikal untuk menghantar anak-anak pulang ke rumah selepas bersama-sama berniaga di sebuah ekspo.
Pada jam 2.30 pagi, mereka memilih motosikal bagi memudahkan perjalanan dan mengelak kesesakan lalu lintas.
"Ini nak hantar anak-anak balik untuk sekolah pagi. Kena naik motosikal untuk senang bergerak, elak jammed pun ya. Nasib baik ada sahabat ambilkan video, terima kasih Yom dan bonda," titip Almy
Video hantaran Almy menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata tertarik dengan cara 'sempoi' pasangan berkenaan dan bijak mencari penyelesaian terhadap kesesakan lalu lintas.

Malah, ramai yang mengakui pasangan ini terkenal dengan sikap merendah diri sejak dahulu lagi.
Momen ini sekali lagi membuktikan bahawa di sebalik glamor dan populariti, pasangan ini tetap menitikberatkan nilai keluarga dan tanggungjawab sebagai ibu bapa.
Sikap rendah diri mereka dalam kehidupan seharian menjadi inspirasi buat ramai netizen.
"Always my favourite humble couple."
"Mantap Datuk dan Datin, semoga dipermudah segalanya."
"Niat mencari rezeki, moga ALLAH sentiasa melindungi keluarga ini dan sentiasa dimurahkan rezeki, aamiin."

"Bagusnya kakak, sayangnya dia kepada adik dan pandai menjaga jaga adik-adik. Good job mommy!"
"Hati-hati kakak. Helmet jangan lupa."
Almy atau nama penuhnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah berkahwin pada
April 2014.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal, 46, dan Almy Nadia, 40, dikurniakan lima anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 11; Nur Afrina Aurora, 10; Nur Afrina Ayra, 8; Nur Afrina Aisyah, 5, dan Nur Afrina Alisya, 2.
Sumber: Instagram



