Naik taraf rumah ibadat, pangsapuri antara tumpuan Projek Selangor Penyayang Pandamaran

LocalPolitics
7 Jul 2026 • 11:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Naik taraf rumah ibadat, pangsapuri antara tumpuan Projek Selangor Penyayang Pandamaran

SHAH ALAM, 7 JULAI: Projek Selangor Penyayang (PSP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran akan memberi keutamaan kepada naik taraf rumah ibadat, padang awam serta pangsapuri kos rendah bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandamaran Tony Leong Tuck Chee berkata projek mengecat pangsapuri kos rendah Sri Bayu dan Sri Angkasa turut menjadi antara fokus utama yang akan dilaksanakan menerusi inisiatif berkenaan.

Beliau berkata pelaksanaan PSP banyak membantu meningkatkan kesejahteraan penduduk selain memudahkan penyampaian bantuan kerana proses permohonan dan kelulusannya lebih cepat berbanding sebelum ini.

“Proses bantuan menerusi PSP lebih mudah dan pantas. Kebiasaannya permohonan dapat disalurkan dalam tempoh dua hingga tiga bulan, bergantung kepada jenis permohonan.

“Kami juga ketika ini mempunyai sembilan permohonan sedia ada di bawah PSP yang akan dinilai berdasarkan keperluan semasa serta peruntukan yang disediakan,” katanya ketika dihubungi Media Selangor.

Image from: Naik taraf rumah ibadat, pangsapuri antara tumpuan Projek Selangor Penyayang Pandamaran
Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandamaran Tony Leong Tuck Chee bercakap kepada media selepas meninjau projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Taman Bayu Perdana, Klang pada 8 Disember 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Menurut Tony, antara cadangan yang diterima termasuk membangunkan gelanggang sepak takraw bagi memenuhi keperluan komuniti setempat selain meneruskan penambahbaikan kemudahan awam seperti pembinaan parkir motosikal yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Pada 19 Jun lalu, Dato' Menteri Besar, Dato Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM14 juta bagi memperkukuh fasiliti awam menerusi Projek Selangor Penyayang (PSP) dalam Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2.

Beliau berkata inisiatif itu turut merangkumi kerja mengecat pangsapuri berusia lebih 15 tahun yang memerlukan penyelenggaraan dan naik taraf bagi meningkatkan keselesaan serta kualiti persekitaran kediaman rakyat.

Sementara itu, EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah sebelum ini memaklumkan keutamaan akan diberikan kepada kawasan yang belum menerima manfaat PSP atau Skim CERIA.

Katanya, langkah itu bukan sahaja mencantikkan persekitaran kediaman malah memberi keselesaan kepada penghuni rumah pangsa yang memerlukan penyelenggaraan dan naik taraf.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved