Naim Daniel Akui Sesuatu Selepas Didakwa Terlibat Dalam Kes Amang Seksual

LocalEntertainment
19 Sep 2025 • 12:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia naim Daniel 4

Penyanyi terkenal, Naim Daniel mengakui berdepan kesukaran apabila kehilangan beberapa tawaran kerja.

Menurut laporan mStar, perkara ini dikatakan terjadi sepanjang proses perbicaraan kes dakwaan amang seksual melibatkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Ini bukan perjalanan mudah. Sudah tentu ada perkara yang saya terlepas. Tapi saya percaya setiap ujian hadir untuk mendewasakan saya. Hidup mesti diteruskan.

Naim Daniel fokus pada penulisan lagu

image is not available

Walaupun terkesan, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, tetap bersyukur kerana masih menerima undangan menyanyi. Namun kini dia lebih berhati-hati dalam memilih tawaran.

Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran persembahan, namun saya lebih berhati-hati. Buat masa ini, saya mahu beri tumpuan penuh terhadap penulisan lagu kerana itu saluran terbaik untuk saya berkarya.

Jaga mental dan kekal positif

image is not available

Pelantun lagu Sumpah itu juga menekankan kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal supaya terus dapat berkarya.

Saya pastikan sentiasa berada dalam kalangan insan tersayang termasuk keluarga dan rakan-rakan. Cukup tidur, fokus dan kekalkan inspirasi dalam penulisan lagu.

Pssttt! Setiap dugaan dalam hidup adalah ruang untuk belajar dan menjadi lebih kuat. Jangan berhenti melangkah walau berdepan cabaran sebesar mana pun.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.