Naim Daniel Selar Usahawan Jual Produk Bertemakan Palestin - “Tak Jaga Timing Sensitivity”

16 Oct 2023 • 10:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel meluahkan rasa kecewa dengan mengkritik tindakan jenama Duck yang melancarkan beberapa barangan bertemakan Palestin baru-baru ini.

Menerusi platform X, Naim melabel tindakan menjual barangan tersebut sebagai ‘opportunist’ dan sama taraf dengan Israel.

image is not available

“Sama je dengan Israel. Dua-dua opportunist.

“Kata-apa korang nak kata. Tapi kalau kau okay if any brands jual barang tak jaga timing sensitivity.

“Siap jual water mug yang ada warna bendera Palestin dimana rakyat Palestin sendiri pun kena sekat diorang punya water access dan kemudahan lain oleh Zionis gila tu. Entahlah,” tulis Naim.

image is not available

Produk yang terdiri daripada tudung, cawan dan beg tote itu dijual dengan keuntungan disumbangkan sepenuhnya kepada Viva Palestina Malaysia.

Sungguhpun ada yang bersetuju dengan Naim, ada juga yang turut berpendapat bahawa jenama tersebut telah melakukan satu inisiatif yang baik.

BACA: “Saya bangga, Tak Kisah Nak Panggil Ayam” – Naim Daniel Ucap Terima Kasih, Watak Dalam High Council Dihargai

image is not available