Najib belum lunaskan denda RM50 juta, tahanan rumah belum dilaksana

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 3:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Najib belum lunaskan denda RM50 juta, tahanan rumah belum dilaksana

KAJANG, 21 SEPT: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum melunaskan denda RM50 juta yang ditetapkan sebagai syarat bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata bayaran denda itu perlu dibuat di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memandangkan kes berkenaan bermula dan dibicarakan di mahkamah tersebut.

“Setakat ini, keluarga Najib belum membayar denda. Selepas pembayaran dibuat, saya tidak boleh jangka secara tepat bila Najib akan dibawa pulang ke rumah, mungkin ambil sedikit masa,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan tahanan rumah berkenaan akan dikeluarkan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Tinjauan di pekarangan Penjara Kajang di sini mendapati tiada sebarang pergerakan membabitkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Najib, 73, sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Pada 18 September, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta dan pematuhan syarat yang ditetapkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved