Najib Dihantar Semula Ke Penjara Kajang, Kesihatan Dilapor Semakin Baik

Politics
23 Sep 2022 • 5:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak telah menjalani beberapa pemeriksaan rawatan dan rehabilitasi sepanjang berada disitu.

image is not available

Jadi, Pakar Perubatan Rehabilitasi telah melakukan pemeriksaan terkini terhadap beliau dan mendapati tahap kesihatan beliau kini berada dalam keadaan yang baik. Kata pihak HRC dalam satu kenyataan hari ini juga menyatakan bahawa Najib Razak juga kini telah diberikan tunjuk ajar oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi HRC serta boleh menjalankan latihan teknik senaman secara kendiri.

Pakar perunding yang berkaitan juga telah mengadakan satu sidang bersama beliau dan ahli keluarga terdekat dimana mereka telah dimaklumkan situasi terkini keadaan kesihatan serta pelan pemantauan kesihatan beliau.

Dalam pada itu, pakar perunding dari HKL dan HRC juga telah memberikan pelepasan perubatan dan membenarkan beliau dihantar semula ke Penjara Kajang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.