Najib Dijangka Bayar Denda RM50 Juta Hari Ini, Bakal Jalani Baki Hukuman Secara Tahanan Rumah

LocalPolitics
4 Nov 2026 • 11:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Menurut laporan terkini, bayaran berkenaan dijangka dibuat oleh wakil Najib di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Advertisement
View this post on Instagram

Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan pada 1 November bahawa Najib masih belum menjelaskan denda tersebut dan akan kekal menjalani hukuman di penjara selagi syarat berkenaan belum dipenuhi.

Pada 18 September lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta syarat-syarat lain yang ditetapkan.

Untuk rekod, Najib, 73, sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah dalam kes membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hukuman asal 12 tahun penjara dan denda RM210 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi pada 2020 kemudiannya dikurangkan kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta melalui keputusan Lembaga Pengampunan pada 2024.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dai syed2026-11-04 11:20:40

(TERKINI) Da'i Syed Bebas Kes Rog*l, Hukuman Penjara 10 Tahun Dan Sebatan Diketepikan

The post Najib Dijangka Bayar Denda RM50 Juta Hari Ini, Bakal Jalani Baki Hukuman Secara Tahanan Rumah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved