Dakwaan Najib bayar denda tidak benar – Nooryana

LocalPolitics
4 Nov 2026 • 4:53 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dakwaan Najib bayar denda tidak benar – Nooryana

PETALING JAYA: Dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membayar denda sebanyak RM50 juta hari ini bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah adalah tidak benar.

Perkara itu disahkan anak perempuan Najib, Nooryana Najib ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut Nooryana, pihak keluarga tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan berhubung perkara itu termasuk berhubung pembayaran denda berkenaan oleh pihak peguam yang mewakili bapanya.

“Keluarga tidak menerima sebarang makluman rasmi daripada barisan peguam Najib berhubung dakwaan pembayaran tersebut,” katanya.

Ketika ditanya mengenai bilakah pembayaran denda itu akan dibuat, Nooryana memaklumkan bahawa jumlah yang diperlukan masih belum mencukupi dan usaha untuk mengumpulkan dana berkenaan masih diteruskan.

Dalam pada itu, Nooryana menghargai semua pihak yang mengambil berat dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan bapanya.

“Terima kasih kepada semua yang prihatin dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan Datuk Seri Najib. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan kalian,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat daripada pihak penjara berhubung perkara berkenaan.

“Tidak ada sebarang maklumat dan tiada sebarang kawalan dibuat berhubung perkara itu,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Najib akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Menurut sumber, denda terbabit akan dibayar oleh wakil bekas Perdana Menteri itu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN

The post Dakwaan Najib bayar denda tidak benar – Nooryana appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved