Belum cukup RM50 juta! Tak benar dakwaan Najib bayar denda – Nooryana

LocalPolitics
4 Nov 2026 • 6:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjelaskan denda RM50 juta hari ini bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah adalah tidak tepat, lapor Utusan Malaysia.

Anak perempuannya Nooryana Najib berkata, keluarga masih belum menerima sebarang makluman rasmi daripada barisan peguam bapanya berhubung perkara itu, termasuk mengenai urusan pembayaran denda berkenaan.

Image from: Belum cukup RM50 juta! Tak benar dakwaan Najib bayar denda – Nooryana

Foto arkib: Bernama

Katanya, pihak keluarga juga tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan terbaharu berkaitan perkara tersebut.

“Keluarga tidak menerima sebarang makluman rasmi daripada barisan peguam Najib berhubung dakwaan pembayaran tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai pembayaran denda itu, Nooryana memaklumkan jumlah dana yang diperlukan masih belum mencukupi, manakala usaha mengumpulkan wang berkenaan masih berjalan.

Dalam masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terus mengambil berat serta mendoakan kesejahteraan bapanya.

“Terima kasih kepada semua yang prihatin dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan Datuk Seri Najib. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan kalian,” ujarnya.
Image from: Belum cukup RM50 juta! Tak benar dakwaan Najib bayar denda – Nooryana

Foto arkib: Media sosial

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat daripada pihak penjara berhubung dakwaan pembayaran denda berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan Najib dijangka membayar denda RM50 juta bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah.

Menurut laporan itu, sumber memaklumkan pembayaran berkenaan akan dilakukan oleh wakil bekas Perdana Menteri itu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia (Maszureen Hadzman)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved