Polis rampas daun ketum bernilai RM48,000, seorang lelaki ditahan 

13 Nov 2026 • 1:27 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis rampas daun ketum bernilai RM48,000, seorang lelaki ditahan 

IPOH: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas daun ketum dianggarkan bernilai RM48,000 dalam rondaan pencegahan jenayah di Bandariang dekat Gerik, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Samad Othman berkata suspek berumur 35 tahun itu ditahan ketika memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex kira-kira 1.40 pagi.

Beliau berkata hasil pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut menemukan 120 bungkusan plastik hitam mengandungi bungkusan plastik lut sinar disyaki berisi daun ketum dengan anggaran berat keseluruhan 1,200 kilogram.

“Hasil semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Samad berkata kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti sumber bekalan serta rangkaian pengedaran yang terlibat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved