‘Najib masih boleh sumbang idea, pandangan dan pengalaman demi negara’ – PAS

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 7:22 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengulas pengampunan bersyarat Najib Razak

PAS menzahirkan kesyukuran susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu turut merafak sembah menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda atas perkenan berkenaan.

Pengampunan bersyarat itu membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan syarat ditetapkan.

Takiyuddin berkata, PAS menyifatkan perkembangan berkenaan sebagai amat bermakna bukan sahaja kepada keluarga Najib, malah menurut parti itu, kepada rakyat yang mengenang jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang menjadi pemimpin negara.

Baca juga:

Menurutnya, PAS turut mendoakan supaya Najib diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Pada masa sama, katanya, parti itu berpandangan bekas Perdana Menteri berkenaan masih boleh menyumbangkan idea, pandangan serta pengalaman demi kebaikan negara.

Terdahulu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri memaklumkan keputusan pengampunan bersyarat itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung di Istana Negara hari ini.

BHEUU memaklumkan pengampunan bersyarat itu akan terbatal sekiranya Najib gagal mematuhi mana-mana syarat ditetapkan dan beliau perlu meneruskan baki hukuman di penjara serta-merta.

The post ‘Najib masih boleh sumbang idea, pandangan dan pengalaman demi negara’ – PAS appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved