Tiada kelibat keluarga Najib di kediaman Langgak Duta

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 7:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiada kelibat keluarga Najib di kediaman Langgak Duta

KUALA LUMPUR: Tiada kelibat ahli keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan di kediamannya di Jalan Langgak Duta, di sini, setakat pukul 7 petang ini.

Tinjauan mendapati keadaan di sekitar kediaman berkenaan masih menjadi tumpuan pengamal media dan penyokong Najib susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat terhadap Najib hari ini.

Difahamkan, Najib dijangka tidak akan keluar dari Penjara Kajang hari ini berikutan beberapa proses perlu dilalui sebelum menjalani tahanan rumah.

Sebelum ini, pegawai khas beliau, Ahmad Lutfi Azhar tiba di kediaman berkenaan kira-kira pukul 4.35 petang.

Terdahulu, UMNO hari ini melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu mengumpul sumbangan untuk melunaskan denda RM50 juta yang ditetapkan sebagai syarat pengampunan bersyarat bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Najib mendapat pengampunan bersyarat dengan beliau perlu menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk sekiranya membayar denda RM50 juta.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang berlangsung hari ini.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri dilaporkan berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib.

Menurut kenyataan itu, pengampunan berkenaan membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda sebanyak RM50 juta.

“Beliau hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal.

“Beliau hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara,” katanya.-UTUSAN

The post Tiada kelibat keluarga Najib di kediaman Langgak Duta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved