Najib Razak Bebas Dan Terima Pengampunan?

LocalPolitics
30 Jan 2024 • 3:03 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan telah mendapat pengampunan oleh Lembaga Pengampunan, semalam.

Menerusi sumber daripada Utusan Malaysia, Najib Razak dikatakan sudah mendapat pengampunan namun kenyataan rasmi masih belum dikeluarkan.

Sebelum ini pada pagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa secara ringkas memaklumkan sebuah kenyataan rasmi bakal dikeluarkan melibatkan Najib Razak oleh Lembaga Pengampunan.

Difahamkan, mesyuarat itu diadakan di Istana Negara, bagaimanapun tidak memaklumkan bila kenyataan rasmi itu akan dikeluarkan.

image is not available

Semalam, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Lembaga Pengampunan bermesyuarat semalam dengan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan difahamkan salah satu agenda mesyuarat adalah mengenai pembebasan Najib.

Bagaimanapun, Zaliha enggan mengulas lanjut mengenai agenda mesyuarat berkenaan memandangkan ia adalah perkara sulit.

Najib sebelum ini menghadapi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu mula menjalani hukuman penjara pada Ogos 2022.

Selain itu, beliau juga sedang dibicarakan untuk pertuduhan lain berkaitan skandal 1MDB.

Sumber: Utusan Malaysia