“Saya membesarkan mereka berserta doa” – Luahan Isteri Nubhan Curi Tumpuan

LocalFamily & Parenting
5 Nov 2025 • 5:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek ada kongsikan beberapa posting di platform Threads tentang hak penjagaan bersama terhadap anak-anaknya.

Perkongsian itu dilihat berunsurkan luahan terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dalam membesarkan anak biarpun perkahwinannya dan Nubhan sudahpun berakhir.

Tanggungjawab anak tetap bersama biarpun perkahwinan dah berakhir – Dr Afifah

image is not available

Kata Dr Afifah, lebih banyak dia mendengar tentang kisah perjalanan hidup ibu-ibu, dia makin menjadi lebih bersyukur. Dr Afifah juga menyatakan bahawa co-parenting dalam agama Islam adalah mengenai rahmat, belas kasihan dan tanggungjawab.

“Biarpun perkahwinan sudah berakhir, tugas untuk mendidik, membimbing anak tetap menjadi amanah bersama. Mengajar mereka kasih sayang, rasa hormat dan keimanan.”

image is not available

Di samping itu, Dr Afifah turut meluah bahawa sebagai ibu, dia membesarkan anak-anaknya dengan penuh rasa kasih sayang serta doa.

Pada September lalu, Nubhan memfailkan tuntunan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sebelum ini, Nubhan telah memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya itu di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Permohonan tersebut dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang pernah berlaku pada tahun 2017 dan pada 26 Ogos lalu serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.

Nubhan dan Dr Afifah sebelum ini mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6 dan Afzan Nayillle, 3 tahun.

Sumber: Threads, mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.