“Nak Ajak Bincang” – Suami Cari ‘Rider’ Langgar Lampu Isyarat, Rempuh Isteri Sarat Mengandung 7 Bulan

18 Jul 2022 • 12:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di media sosial Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Azrolnizam Sidek yang sedang mencari seorang penghantar makanan atau rider yang menjadi punca kemalangan isterinya.

Menerusi hantaran tersebut, Azrol mendakwa rider tersebut telah melanggar lampu merah dan merempuh dia dan isterinya yang sedang sarat mengandung.

Difahamkan, kejadian berlaku di simpang 4 Jalan Semerah Padi Cheras dan rider tersebut dipercayai membawa motosikal berwarna biru.

Saya tak sempat ambik no plate rider sebab terus kejar isteri pergi hospital.

Susulan kejadian, isterinya yang kini sedang hamil 7 bulan dan merupakan anak kedua mereka telah ditahan di Hospital Ampang gara-gara mengalami komplikasi selepas dirempuh.

Hentakan menyebabkan kedudukan bayi dalam kandungan jadi tak betul. Doktor pantau jantung dan uri sebab berlaku regangan.

image is not available

Menurutnya, dia mencari rider berkenaan supaya dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik dan berharap rider berkenaan tampil menghubunginya secepat mungkin. Lapor, Mstar.

Saya cuma nak berbincang, nak saling bermaafan. Saya bukan nak saman atau dakwa dia. Mungkin dia tak tahu isteri saya sarat hamil.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

(VIDEO) "Tak Mampu Nak Lawan" - Mengadu Dirogol Sepupu, Gadis Tak Sangka Abang Pula Buat Perkara Sama