Nak balas budi! Peniaga tau fu fah sumbang RM10,000 untuk bebaskan Najib

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 3:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang usahawan tau fu fah, Seow Chau Pen, menjadi perhatian apabila mahu menyumbangkan RM10,000 sebagai tanda mengenang jasa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa pernah membantunya 14 tahun yang lepas.

Image from: Nak balas budi! Peniaga tau fu fah sumbang RM10,000 untuk bebaskan Najib

Seow berkata, perkara itu berlaku selepas beliau melakukan kesilapan pada 2009 sehingga dikenakan tahanan di Manjung, Perak, yang menurutnya menjadi titik penting untuk dirinya bermuhasabah dan mengubah kehidupan.

Menurutnya, ketika Najib hadir ke satu program di Manjung pada 2012, Seow dengan bantuan penghulu tempatan menyerahkan surat rayuan kepada bekas Perdana Menteri itu supaya dibenarkan pulang lebih awal bagi menjaga kedua-dua ibu bapanya.

“Tidak lama kemudian, saya menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri bahawa tahanan saya ditamatkan lebih awal,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Seow berkata, selepas kembali ke pangkuan keluarga, beliau mula menjalankan perniagaan tau fu fah dan berusaha membina semula kehidupannya.

Katanya, peluang kedua yang diterimanya itu tidak pernah dilupakan dan mendorongnya untuk membalas jasa apabila Najib kini berharap dapat pulang bagi menjalani baki hukuman.

Image from: Nak balas budi! Peniaga tau fu fah sumbang RM10,000 untuk bebaskan Najib

“Hari ini, apabila beliau juga berharap dapat pulang menjalani baki hukuman, saya mahu membalas bantuan yang pernah saya terima.
“Saya ingin menyumbang RM10,000. Saya bukan orang berada. Setiap mangkuk tau fu fah hanya memberi keuntungan sekitar RM1,” jelasnya.

Artikel lain: Kutipan Tabung Solidariti Najib terima penambahan RM50,000 setiap jam – Asyraf Wajdi

Seow menjelaskan, jumlah RM10,000 itu bukan kecil baginya kerana beliau perlu menjual kira-kira 10,000 mangkuk tau fu fah berdasarkan keuntungan sekitar RM1 bagi setiap mangkuk.

“Dulu beliau pernah membantu saya pulang. Hari ini, saya cuba membantu beliau dengan kemampuan saya.
“Ini bukan soal politik. Ini soal mengenang budi dan membalas jasa,” tambahnya lagi.

Sumber: Facebook Chau Pen Seow

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved